Thursday, February 23, 2012

Ilmu Tuju-tuju Yang Ditujukan Khas

Salam buat rakan2 & pembaca2 yg sudi mengikuti perkembangan den. Dengan lafaz "Aku Berlindung Dari Syaitan yg Direjam" den mulakan juga tulisan ni. Waktu ni pon baru je selesai merawat diri apabila rasa sakit tu datang tiba2.. 1 November 2011 bolehlah dikatakan detik hitam dalam hidup den. Di satu petang dalam perjalanan pulang ke rumah dari menjemput omak den dah teraso dup dap..dup dap dado ni.. Abaikan je la, letak minyak panas sikit ok kot.. Sesampai di rumah rasa sakit tu datang melampau2, x leh bangun dah den.. Rasa macam dicucuk dengan seribu jarum, tangan kiri rasa kebas sesangat dengan urat hijau biru bergerak2 timbul di sepanjang tangan kiri den. Belikat kiri pun x kurang sakit gak, rasa mcm disentap2 oleh sesuatu. Hanya mampu beristighfar menahan sakit. Mujur ada anak saudara yg bercuti dari belajar di Mesir- Nurul Salamah Azlan & bonda yang memicit2 badan. Niat untuk menjemput isteri pulang kerja terpaksa dibatalkan tapi terpaksa juga tunggu beliau pulang kira2 jam 7pm baru beliau sampai dan bergegas lah kami ke wad kecemasan Hospital Besar Kajang. Hanya berbekalkan 2 biji ubat tahan sakit/bawah lidah, cek ECG & Tekanan Darah den dibenarkan pulang lebih kurang jam 1 pagi walaupun badan den masih lemah teramat sangat.
Belum sempat seminggu, serangan sakit dado den datang lagi. Kali ni di Pagi Raya Aidil Adha dihari yg sepatutnya binatang2 korban ditumbangkan tapi den pulak yg tumbang. Terpaksa la den beraya di Hospital Besar Kuala Lumpur lak..adoiiii.. Hampir seminggu gak den menjadi penghuni HKL kelas 3 & 2. Memang boring tahap gaban gak tinggal di sana.. Di sini den mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih pada member2 pancing, forumer, klien, agen seperti Putat, Abang Kem, Iorichee, Alonso, Mattop, Alarmist, kak Rosiah(tiap2 pagi singgah hehe..) yang sudi datang menjenguk den. Dan yg lebih penting lagi kaum keluarga den yg x jemu hadir setiap hari, Love u Olls...
Menu pagi di HKL

Cadangan yg paling den ingat masa di wad dlu dari ankel Mattop yg menyarankan den berubat cara alternatif juga di sebuah pusat rawatan di Sg Merab yg menawarkan juga rawatan untuk sakit2 fizikal spt jantung, kencing manis dsb.. Tanpa membuang masa 2-3 hari lepas discaj dari wad sampailah den ke tempat tersebut dengan dibawa oleh rakan Bro Alonso. Beberapa jam menunggu berjaya gak den dipanggil masuk bertemu rakan Perawat Hafiz, orang muda yg byk membantu pesakit2 yg keluar masuk dirumahnya. Menggunakan telor yg dialin ke dado den 2 biji apabila dipecahkan mengeluarkan darah bercampur seperti lemak. Mengikut kata perawat itulah blog dlm jantung den.. Terkejut gak mulanya.. Hmm.. perasaan untuk sembuh makin berbunga...
Minggu ke2 den ripit lagi datang rawatan, seperti biasa tunggu punya tunggu kul 12 gak baru leh masuk. Kali ni masih lagi menggunakan telur yg dialin. Apa yg keluar kali ni ialah seketul darah beku kira2 sebesar setengah ibu jari. Masih terkejut dan baru nak tanya ini apa tapi perawat hanya kata "Datang lagi minggu depan". Minggu seterusnya dah pandai sket..datang awal pas zohor amik nombor dlu hehe. Malamnya cam biasa datang dengan penuh harapan nak sembuh, dah letih rasanya melayan sakit dada ni, asal makan sebiji kacang je sakit, asal amik wudhu' je pastu mesti sakit, makan nasi lebih 3 suap je sakit adoyaii.. Dipendekkan cite kali ni memang betul2 giler nye tegezut.. Apa yg keluar? Hermm.. tengok sndri--->> 
Nampak x 2 ketul kaca tu?

Memang terkejut, agaknya ni la simbolik sakit den yg rasa berbiso bonar tu.. Memang rasa cam dihiris2 pon ada ermmm.. Terkedu jap. Dulu slalu dengar cite orang je hal2 santau menyantau ni.. Sekarang dah depan mata, diri sndri lak tu..  Selepas keluar je kaca tu baru lah den yg rasa tertipu ngan mainan Syaitan ni mula dapat solat tanpa duduk di kerusi. Alhamdulillah mgkn ini juga peringatan Allah. Baliknya badan den rasa gatal lak.. spt ada kesan merah bekas garu 5 jari naik ke badan. Bergerak2 lak tu, kejap di tangan, kejap di perut, kejap di kaki pendekata 1 badan la gatal tu round tiap setengah jam.. Bisa gatalnya x usah nak kata la.. memang rasa nak menjerit pown ada. Pertahanan yg den dapat lakukan hanya dengan mengamalkan surah Yasin 7 mubin. Memang mcm2 bunyi & perkara berlaku masa baca tu.. Dlm 3 hari den terpaksa pegi semula dan dapatkan rawatan lagi, kali ni menggunakan limau purut lak. Ni lah apa yg keluar dari limau tu --->>
 Segumpal benang hitam yg keluar dari belahan Limau tersebut.. terkasima jap.. Nasihat dari perawat: teruskan berzikir, buat dgn ikhlas.. Seminggu kemudian den terjah lg ke sana.. Kali ni bersama beberapa orang rakan yg perlukan rawatan gak.. Sakit ttp sakit hanya pd Allah mengadu disamping usaha.. Kali ni benda ni lak kluar.. 

4 batang jarum yg menghuni badan den.. Memang patut la antara rasa sakit yg datang seperti dicucuk jarum. Masyaallah.. Hanya syukur padamu Ya Allah dpt dipanjatkan atas peringatan2 yg kau berikan. Ni  kiranya barang yg terakhir skali keluar dari badan den. Selepas ni den datang lg dah x de keluar apa pun. Masalahnya den masih sakit2 gak lalu den diarahkan mengambil beberapa keping gambo setiap penjuru rumah utk ditunjukkan pada perawat pd sessi rawatan seterusnya. Hasilnya perawat hanya menunjuk 1 pasu untuk diambil tanahnya dan bawa pdnya.. Kita tengok apa lg yg keluar..............
Ini ialah bungkusan kain kuning yg den tarik sendiri guna telor atas arahan perawat tersebut dengan selawat selama lebih kurang 15 minit dan niat utk keluarkan segala kejahatan dari rumah kita..

Nilah hasilnya setelah dibuka kain tersebut -Tanah Kubur..
Memang beristighfar byk la melihatkan isi kain tersebut.. Hanya mampu memandang sambil disabarkan oleh bro Perawat tu.. Moga si penghantar dan siapa yg terlibat akan mendapat hidayat dari Allah. Hanya dia yg mampu menghukum. Buat pembaca , skali lagi tujuan den menulis ni bukan utk menunjuk2 mahupun bermegah. Cuma berkongsi kisah duka disamping mungkin ada pengajaran yg tersirat untuk kita renungkan. Tamat Fasa 1 & 2 kisah den ni.. Nantikan Fasa 3 & 4 pula pas ni.. Insyaallah..

Tuesday, January 10, 2012

Selamat Tinggal 2011

Belum terlewat untuk ucapan Selamat Tahun Baru 2012 rasanya.. Sakit 2011 masih lagi dibawa ke tahun 2012 cuma diharapkan semakin sihat dari sehari ke sehari. Terlalu letih mengharungi kesakitan demi kesakitan setelah dikesan terkena sihir semasa berubat yg pada awalnya kusangkakan hanya masalah jantung. Mungkin ini ujian dari Allah atau mungkin juga balasan terhadap dosa2 yg pernah dilakukan. Tapi ianya juga ada hikmah kasih sayang, kerjasama keluarga yg bertambah erat dan rasa dihargai hidup ni. Hanya semangat & amalan yg berterusan diharap dapat membantu untuk kesinambungan hidup ni.. Terima kasih pada rakan & keluarga yg terus menyokong. Pada Hafiz dari Pusat Perubatan Desa Putra, mattop yg banyak menyuntik semangat dan semua yg memahami permasalahan hidup  ni...

2012 ni pun menyaksikan satu2nya anak kesayangan memulakan sessi persekolahan pra sekolahnya.. Rasa gembira, pilu, surprise melihatkannya membesar. Moga ianya jadi inspirasi untuk aku teruskan kejayaan dalam hidup ni demi keluarga tercinta..





Pemandangan perhimpunan hari pertama..


Thursday, November 10, 2011

Mendengar lagu yg bertajuk di atas tu memang macam kena diri sendiri je walaupun x seperti peristiwa yg berlaku pada penyanyinya. Namun aku rasa memang macam hidup semula setelah diserang sakit dada yg melampau pada 1hb Nov 2011 tempohari dan dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kajang. Kemudian sekali lagi diserang pada pagi raya yang membuatkan aku x nak tunggu sesiksa di Kajang tempohari lalu terus ke HKL juga wad kecemasan dan ditahan wad sehinggalah petang semalam barulah dibenarkan keluar.. Sakit yg teramat sangat menyerang seperti seribu jarum yg menyucuk2 jantung, merebak ke tangan kiri dan belakang serta peluh yang mencurah2 keluar.. Terima kasih pada ibu bapa dan semua keluarga yg terlibat membantu saat terasa mcm dah nak putus nyawa tu..Kini kena lah jaga pemakanan.. x boleh manis, masin, stress pun x boleh, jangan marah2.. Apa yg diharapkan moga Allah panjangkan umurku utk melihat anakku dewasa, berjaya dalam hidupnya...
 
Sempat gak bergambar semasa di wad bersama pelawat artis hehe..

Apa pun diucapkan setinggi2 terima kasih pada saudara mara, handai taulan yg datang melawat dan tak lupa juga pada yg dapat hadir tapi mendoakan kesejahteraan aku.. Sayang korang semua! Buat pembaca, pastikan anda jaga kesihatan mulai sekarang..!

Sunday, August 7, 2011

Tumpang Promosi Kuih Raya..

Kuih2 raya ni dah ditepek di fb saya sebelum ni . So pada sesapa yg belum tengok boleh la window shopping sini.. 1 telap cuma RM20 je, Isinya dlm 49-50 biji bergantung saiz. So, sila2 la tengok ya..

ALMOND SWEETHEART
CAPPUCINO CRISPY
ALMOND LONDON




TART BLUEBERRY
COCONUT CRISPY




PINK CORAL


TART NENAS DGN JEM RAMUAN SENDIRI

Anda boleh menempah  dengan menghantar ke email saya di adikamaa84@gmail.com. TQVM

Thursday, July 14, 2011

Aktiviti Ziarah

Sekadar memupuk silaturrahim satu aktiviti ziarah mak mertua Asmahan telah di adakan bersama2 mak, famili & along Azlan ke Bukit Mertajam. Harap cepat sembuh..
Semasa di Taiping sempat gak singgah kedai seorang breeder angkat female DT & CT.. Kedai buruk tp brg rare..
Ahad petang gerak balik, syukur selamat smpai, Bersih pown dah tamat, jalan clear..

Wednesday, June 15, 2011

Betta Sunday

Ahad lepas sebelum kenduri mlm terakhir arwah Amin sempat juga menjengah pameran Betta Sunday di The Mall. Memang leka la aku kt sana tengok keindahan2 ikan kt sana. Terima kasih pada S/u BSM Miss Lynda yg byk memberi penerangan tentang penjagaan betta. Sifu2 yg dah lama berkecimpung, saudara Nita Betta -nice betta . Pada para pemenang pertandingan tahniah diucapkan atas kemenangan. Yg x menang bukan bermakna ikan anda tidak cantik..
Di gerai Nita Betta
Lynda yg BZ
Tertarik dengan penerangan oleh Nita Betta di gerai pertandingan
Antara pemenang..
Antara ikan yg dipertandingkan..